sesungguhnya petunjuk itu milikNya
Allah menurunkan wahyu (al-Quran) kepada Nabi Muhammad yang hari ini dijadikan sebagai mushaf(naskah)..
dan Al-Quran isi kandungannya tetap,tidak boleh diubah kerana ianya datang dariNya.
Allah Maha Agung serta Maha Penyayang kerana Al-Quran yang kita warisi tersangatlah lengkap, xpernah terjejas dek masa atau tempat…sentiasa akan menjadi petunjuk kepada kita untuk menjalani kehidupan hari ini..
hebatnya Allah kerana menjadikan Al-quran yang menceritakan dari permulaan dunia ini dijadikan, manusia dijadikan…
hebatnya Allah kerana dalam Al-Quran terdapatnya kisah-kisah yang terdahulu sewaktu kita belum dilahirkan..jika kita selalu membaca buku-buku dongeng, kita tidak akan dapat sesuatu yang sepertimana dalam al-Quran.Sesungguhnya Al-quran membawa kita dekat denganNya..
hebatnya Allah jua kerana Al-quran juga menceritakan keadaan masa depan dimana semuanya datang dr Allah..dan kita hendaklah mengambil iktibar darinya..
tetapi jika kita sendiri tidak mahu membacanya, nescaya kita akan rugi-serugi2nya kerana melepaskan antara peluang dan cara untuk kembali dekat denganNya.
Sessungguhnya Allah memberi kita hati yang mana harus kita jagai. Janganlah sampai Allah menutup hati kita sehingga kita tidak mampu lagi merasai nikmat kasih SayangNya…biar apa pun yang telah kita lalui..sentiasalah kembali kepadaNya kerana Allah tetap menerima taubat seburuk2 manusia bersungguh2 bertaubat dan berdoa kepadaNya jika Dia menghendakinya. sayangilah Allah agar Dia tetap melimpahkan kasih sygnya kepada kamu…
Ya Allah Engkau Ampunkan lah dosa2 kami dan janganlah Engkau menghilangkan petunjukMu dari kami!

